Thursday, February 28, 2008

2 Hari terakhir di ILP Pasir Gudang, Johor - khas untuk warga ILPPG

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana diizinkan untuk bersama-sama warga ILPPG selama 8 tahun ini. Tanggal 17 Julai 2000 adalah bermulanya perkenalan dengan warga ILPPG. Dan jika diizinkan oleh Allah akan bersama-sama sehingga 3 Mac 2008, hari penutup sukan staff iljtm. Pelbagai pengalaman, suka-duka, pahit manis sepanjang bersama keluarga ilppg. Semuanya tersemat kemas di hati sanubari.

ILPPG bagi saya adalah "sekolah" yang mengajar saya erti hidup yang sebenarnya sebagai insan dan sebagai penjawat awam. Disini dipertemukan dengan isteri tercinta, Disini suka-duka dgn rakan-rakan dan disini bersama-sama bekerja membangunkan ilppg.

Saya sebagai insan yang kerdil di bumi Allah ini tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Mohon ampun, mohon maaf bagi pihak diri dan keluarga diatas segala salah laku, terkasar bahasa, mohon dihalalkan makan dan minum.

Sebagai warga jtm insyaallah kita semua akan berjumpa lagi.
ILP Pasir Gudang sentiasa dalam kenangan :-)

1 comment:

kblinux.net said...

Disini dipertemukan dengan isteri tercinta <- Sekali x-lecturer aku kawen dgn x-classmate aku...