Langkah asas untuk setup Proxy server dengan menggunakan IPfire
1. download latest Ipfire os. tak besar <100mb.
ambil ISO image untuk burn pada cd.
2. sediakan 1 pc beserta 2 nic. kalau boleh 2gb ram. dan cpu core2duo keatas.
lagi besar lagi bagus. hdd 80 gb dah cukup.
3. bila install, ikut wizard yg dipaparkan.
-- penting masa setup network card - kenalpasti green nic(LAN) dan red nic(INTERNET/streamyx)
setup ip utk red dan utk green 10.10.10.254
4. setup dhcp pd green nic utk memudahkan pc LAN dpt ip beserta DNS.
5. selepas siap boleh login web base management ipfire dari lan.
contoh https://10.10.10.254:444
login dengan admin dan pasword XXX
6. pergi ke network dan aktifkan proxy.
boleh pilih utk buat transparent proxy atau dengan login.
utk transparent - pc lan tak perlu set apa2, tetapi perlu melalui IPfire proxy sebelum ke internet.
utk login - pilih local login - create user local. default port adalah 800. boleh tukar. pastikan pd ie atau firefox setkan ip proxy 10.10.10.254 dan port 800.
selepas apa2 perubahan jgn lupa save dan reload atau restart proxy.
7. test pada pc lan utk login.
8. lihat log utk proxy. semua paparan url user akan keluar beserta dgn ip pc atau nama user.
9. masih gagal utk setkan group acl... tak jumpa gui utk create new group dlm user management.
jika ada gorup management mudah utk stopkan aktiviti internet semasa mengajar. kalau ada 20 orang pelajar 1 kelas penat utk disable 1 persatu. kena study lagi. maybe ada addon extension kena install.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment